G452-002-4:2017;DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA
Program Diploma Selepas Jualan - Operasi Servis merupakan Program Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 bagi bidang automotif.
Merupakan program lanjutan daripada program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi para pelajar yang berminat menjadikan bidang automotif sebagai bidang kerjaya.
Para pelajar akan mengikuti program ini selama 16 bulan dan didedahkan dengan aspek serta kaedah pengurusan khidmat selepas jualan yang mengikut standard dan piawaian industri automotif.
Para pelajar juga akan ditempatkan selama 4 bulan bagi tujuan “on the job training” di organisasi-organisasi atau syarikat-syarikat automotif yang menjalankan perniagaan selepas jualan.
SERVIS DIAGNOSTIK – KENDERAAN RINGAN [G452-002-3:2018] Atau
DIAGNOSTIK DAN PEMBAIKAN KENDERAAN ELEKTRIK BATERI (BEV) [G452-010-3:2023] Atau
Automotif-Servis Selepas Jualan [TP-300-3:2013]
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 45