T982-001-4:2018,T982-001-3:2017;DKM Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Program ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran secara profesional dalam bidang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak di latar persekitaran pendidikan awal kanak-kanak sebenar. Selain itu, sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak, keselamatan, kesihatan dan pemakanan untuk pendidikan awal kanak-kanak secara holistik turut diutamakan disamping memfokuskan kepada hafazan Al-Quran sebagai subjek Elektif.
Hasil Pembelajaran
Diakhir program ini, pelajar harus:
Berkebolehan untuk menguruskan pengoperasian operasi pusat pengasuhan.
Berkeupayaan untuk merancang, membangunkan kurikulum.
Memahami aspek berkaitan pendidikan awal kanak-kanak seperti psikologi kanak-kanak, pendekatan pendidikan kanak -kanak, perkembangan fizikal dan sahsiah kanak-kanak.
Berkebolehan untuk memahami kanak-kanak istimewa.
Keupayaan untuk berinteraksi dan penglibatan bersama masyarakat dengan cara yang positif dan bertanggungjawab.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 25