Kursus TVET
DIPLOMA TEKNOUSAHAWAN ELEKTRIK

U06

TVETMARA KUCHING (INSTITUT KEMAHIRAN MARA KUCHING), SARAWAK

Pengenalan Kursus

Program Diploma Teknousahawan Elektrik ditawarkan bagi melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang elektrik yang turut memiliki kompetensi keusahawanan. Program ini memberi penekanan kepada kemahiran teknikal pendawaian elektrik, kompetensi industri serta pembangunan usahawan teknikal yang mampu menjalankan perniagaan sendiri dalam sektor elektrik. Program ini akan mula dilaksanakan di TVETMARA Kuching bermula pengambilan sesi Julai – Disember 2026 selepas mendapat kelulusan Mesyuarat Senat Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA.

Tahap Pengajian

Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Pra-Syarat Kursus
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Taraf Warganegara
Warganegara Malaysia (wajib)
Syarat Wajib
Warganegara
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
Taraf Bumiputera
Bumiputera (Wajib)
Syarat Wajib
Bumiputera
Calon Bumiputera Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
LULUS sekurang-kurangnya Sijil dalam bidang berkaitan dari IKM/GIAT MARA atau mana-mana ILKA/ILKS atau IPTA/IPTS
Syarat Pilihan 1
1. Sijil IKM/GIATMARA atau ILKA/ILKS atau IPTA/IPTS dan 2. Memiliki Sijil Pendawai PW4 DAN TIDAK MENDAFTARKAN Sijil Kompetensi PW4 dengan mana-mana syarikat

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Pendawai PW4 Dari Suruhanjaya Tenaga
Minimum CGPA : 0

ATAU
Syarat Pilihan 2
Telah menjadi usahawan yang menjalankan perniagaan dalam bidang elektrik atau setara di bawah tempoh 5 tahun DAN TIDAK MENDAFTARKAN Sijil Kompetensi PW4 dengan mana-mana syarikat.

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
04
Kriteria Utama
Tahap Kesihatan
Tidak menerima sebarang jenis Orang Kurang Upaya (OKU)
Syarat Wajib
Sihat tubuh badan
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)
DAN
05
Kriteria Utama
Syarat WAJIB
Lulus Ujian Kecenderungan (Phsycometric Test) dan Temuduga
Syarat Wajib
Lulus Temuduga

Syarat Umum:
1. Lulus Ujian Kecenderungan (Phsycometric Test) dan Temuduga

DAN
06
Kriteria Utama
Umur
Berumur 18 hingga 45
Syarat Wajib
Berumur dari 18 tahun hingga 45

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 45


Tempoh Pengajian
24 Bulan

Prospek Kerjaya
Graduan program ini berupaya untuk:
Menjalankan kerja pendawaian elektrik secara profesional
Mengurus projek elektrik berskala kecil dan sederhana
Menubuhkan dan mengurus syarikat perkhidmatan elektrik
Menjadi teknousahawan dalam industri elektrik
Mematuhi standard keselamatan dan kompetensi industri

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
TVETMARA KUCHING (INSTITUT KEMAHIRAN MARA KUCHING)
Alamat
JALAN KEMAHIRAN
OFF JALAN SULTAN TENGAH
Negeri
SARAWAK
Penyelaras
HAZMAN AIMADUDDIN BIN BOSTAMI
Telefon
082-441149
Emel
hazman@mara.gov.my
Laman Web
http://kuching.ikm.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Program ini dilaksanakan oleh TVETMARA Kuching dengan kelulusan Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA. Kurikulum yang digunakan adalah Kurikulum Edisi 4.0 (Januari 2020) bagi Program Diploma Teknousahawan Elektrik.