Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 ini merupakan kursus latihan kemahiran secara profesional dalam bidang Penjaga Jentera Elektrik. Peserta boleh melakukan kerja-kerja pendawaian litar kawalan motor elektrik, senggaraan dan membuat pendawaian papan suis utama, senggaraan pengubah kuasa, menguji dan senggaraan sistem pencegah kebakaran, merentang kabel bawah tanah dan merentang kabel talian atas voltan rendah. Peserta juga berpotensi untuk bekerja di dalam bidang industri, building maintenance, oil & gas, solar farm dan menjadi Kontraktor Elektrik / Usahawan yang berjaya. Sesi pengambilan dan kemasukan untuk kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 (2 tahun) setiap bulan Julai.
Umur Minimum : 21
Umur Maksimum : 65
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Satu Fasa [EE-320-2:2012] Atau
Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa [F432-005-3:2019] Atau
Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa [F432-005-2:2019]