I561-005-3:2022,I561-005-2:2022;OPERASI SENI KULINARI
Program Kulinari direka khas untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang penyediaan makanan dan minuman, sejajar dengan keperluan industri hospitaliti dan perkhidmatan makanan yang semakin berkembang di Malaysia. Kursus ini memberi penekanan kepada kemahiran praktikal dan teori dalam bidang kulinari termasuk asas memasak, penyediaan makanan barat dan tempatan, kebersihan dapur, keselamatan makanan, serta penyusunan dapur profesional.
Peserta akan dibimbing oleh tenaga pengajar berpengalaman serta menjalani latihan amali yang intensif di dapur latihan bagi memastikan mereka bersedia memasuki alam pekerjaan atau menjadi usahawan dalam bidang makanan.
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis