S960-008-3:2025,S960-008-2:2025; Diploma in Professional Hairdressing with SKM 3
Kursus Dandanan Rambut – Tahap 2
Kursus Dandanan Rambut Tahap 2 direka untuk membina kemahiran asas yang kukuh dalam industri salon. Pelatih akan mempelajari teknik penjagaan rambut, potongan asas, pewarnaan asas dan penggayaan rambut melalui gabungan teori dan latihan amali bersama pelanggan sebenar. Sesuai untuk mereka yang ingin memulakan kerjaya sebagai Pembantu Pendandan Rambut dan melangkah ke tahap profesional.
Kursus Dandanan Rambut – Tahap 3
Kursus Dandanan Rambut Tahap 3 memberi latihan lanjutan berorientasikan industri bagi melahirkan pendandan rambut mahir dan berkeyakinan. Fokus kepada potongan dan pewarnaan lanjutan, rawatan profesional serta latihan amali intensif bersama pelanggan sebenar. Lulusan berpeluang menjadi Pendandan Rambut Profesional, Penyelia Salon, atau membuka salon sendiri.
Syarat Umum:
1. Warganegara Malaysia,
Berumur 16 tahun ke atas,
Minimum boleh membaca, menulis dan mengira
Mempunyai minat dalam bidang dandanan rambut
Sihat tubuh badan & tiada rabun warna
Mempunyai sikap:
Berdisiplin
Bertanggungjawab
Mesra pelanggan
Bersedia mengikuti latihan teori & praktikal sepenuhnya