Kursus TVET
ASAS PENYELENGGARAAN ELEKTRIK

MCU-1-12

Pengenalan Kursus

Program Asas Penyelenggaraan Elektrik Marin ini disusun untuk memberikan pengenalan menyeluruh berkaitan asas sistem elektrik yang digunakan dalam persekitaran marin. Melalui program microcredential ini, peserta akan mempelajari kemahiran asas penyelenggaraan elektrik yang relevan untuk bot kerja, vesel kecil dan kemudahan sokongan marin.

Kandungan kursus memberi tumpuan kepada dua Unit Kompetensi (CU), iaitu CU2 dan CU3, yang merangkumi latihan asas pemeriksaan komponen elektrik, kaedah penyelenggaraan berjadual, penggunaan peralatan pengujian, pembacaan rajah litar serta teknik mengenal pasti dan menyelesaikan kerosakan. Peserta juga akan didedahkan kepada sistem kawalan elektrik asas yang penting untuk memastikan peralatan dan litar beroperasi dengan stabil dan selamat dalam persekitaran marin yang mencabar.

Pendekatan kursus menggabungkan asas teori dengan latihan praktikal bagi memastikan peserta memahami prinsip operasi, langkah kerja selamat dan prosedur penyelenggaraan yang betul. Apabila tamat program, peserta diharapkan berupaya melaksanakan penyelenggaraan elektrik asas dengan yakin serta mempunyai asas kukuh untuk mengikuti modul lanjutan dalam bidang teknologi elektrik marin.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. KELAYAKAN AKADEMIK
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. UMUR
2.1 Terbuka kepada peserta berumur 18 tahun hingga 65 tahun

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35


Dan

3. WARGANEGARA
3.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. SYARAT TAMBAHAN
4.1
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Tempoh Pengajian
0 Bulan

Prospek Kerjaya
Pembantu Juruteknik Elektrik Marin

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS KUALA TERENGGANU (ILP KUALA TERENGGANU)
Alamat
KAWASAN PERINDUSTRIAN GONG BADAK
21300 GONG BADAK
TERENGGANU
Negeri
TERENGGANU
Penyelaras
BAIZURA AINI BINTI MOHD AZIZI
Telefon
09-6652100
Emel
baizura@jtm.gov.my
Laman Web
www.ilpkt.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan