Kursus TVET
PATISSERIE : PENGURUSAN PASTRI & ROTI

DP (DKM4)

Pengenalan Kursus

Program Diploma ini direka khusus untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang bukan sekadar pakar di dapur, malah kompeten dalam selok-belok pengurusan perniagaan pastri. Di Riamtec, pelajar akan didedahkan dengan teknik pembuatan roti dan pastri tahap lanjutan (Artisan & Gourmet) yang digabungkan dengan modul pengurusan strategik. Fokus utama kami merangkumi:

Kepimpinan Dapur: Membentuk kemahiran penyeliaan dan pengurusan pasukan.
Inovasi Menu: Pembangunan resipi kreatif mengikut trend pasaran global.
Pengurusan Kos & Inventori: Teknik memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan pembaziran.
Keusahawanan: Strategi pentadbiran dan operasi untuk mengemudi perniagaan pastri yang berjaya.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Kelayakan Akademik
1.1

Pembuatan Roti [HT-013-3:2011] Atau

Pembuatan Pastri [HT-014-3:2011]


Dan

2. Umur
2.1

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 60


Dan

3. Kewarganegaraan
3.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. Lain-lain
4.1
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Tempoh Pengajian
12 Bulan

Prospek Kerjaya
1. Executive Pastry Chef;
• Pengurus kreatif yang mengetuai seluruh jabatan pastri di hotel besar, bertanggungjawab ke atas bajet tahunan, dan pembangunan identiti produk bakeri premis tersebut.
2. Bakery Business Consultant;
• Pakar yang memberikan khidmat nasihat dalam pembukaan bakeri baharu, pembangunan menu komersial, dan pengurusan sistem keselamatan makanan.

Deskripsi jawatan di atas adalah merupakan idea dan gambaran umum tugasan bagi prospek kerjaya yang berkaitan dengan kursus di Riamtec. Skop kerja sebenar mungkin berbeza mengikut polisi syarikat dan keperluan semasa industri. Ini berfungsi sebagai panduan aspirasi kerjaya bagi pelajar.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT TEKNOLOGI RIAM
Alamat
LOT 1305, 3.5 MILES RIAM ROAD,
Negeri
SARAWAK
Penyelaras
Diana Frederick Uyo
Telefon
085-613371
Emel
erichii@riamtec.edu.my
Laman Web
www.riamtec.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Transformasi minat anda menjadi kerjaya profesional melalui latihan berimpak tinggi yang diiktiraf sepenuhnya oleh industri.
Kenapa Pilih Program Kami?
1. Fokus Industri: Program berasaskan 70% Latihan Praktikal & 30% Teori bagi memastikan penguasaan kemahiran hands-on yang jitu.
2. Tempoh Pantas: Graduan kompeten dalam masa singkat (9 hingga 12 bulan sahaja).
3. Laluan Kerjaya: Laluan ke peringkat lebih tinggi terbuka ke SKM Tahap 3 & DKM Tahap 4 (Diploma) secara berterusan di bawah satu bumbung.

Kelebihan Eksklusif di Riamtec:
1. Fasiliti Antara Yang Terbaik: Mempunyai kemudahan bengkel dan makmal bertaraf industri yang merupakan antara yang terbaik di Sarawak, serta direka khas untuk memenuhi standard industri semasa.
2. Penginapan Selesa: Kemudahan Asrama Dalam Kampus yang selamat, strategik, dan kondusif bagi memudahkan fokus pembelajaran pelajar.
3. Ekosistem Pembelajaran Dinamik: Persekitaran kampus yang luas dan lengkap untuk pembangunan sahsiah, disiplin, dan kemahiran teknikal yang menyeluruh.