Kursus TVET
AUTOMOTIVE ELECTRICAL : PERKHIDMATAN PEMBAIKAN – KENDERAAN RINGAN (SKM2)

DAE (SKM2)

Pengenalan Kursus

Program Servis Pembaikan Kenderaan Ringan (Tahap 2) ini bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten dalam bidang automotif bagi memenuhi keperluan industri penyelenggaraan kenderaan moden. Fokus utama program adalah untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran teknikal dalam menservis serta Penyelenggaraan Enjin Tahap Intensif, sistem brek, transmisi, dan sistem elektrikal serta elektronik kenderaan. Melalui pendekatan latihan amali yang intensif merangkumi penyelenggaraan sistem stereng, ampaian, dan pendingin hawa (HVAC), program ini bermatlamat untuk membentuk mekanik yang berdisiplin dalam pengurusan bengkel, mengutamakan keselamatan, dan mempunyai asas teknikal yang mantap untuk memulakan kerjaya atau menyambung pengajian ke peringkat tahap yang lebih tinggi di Riam Institute of Technology.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Kelayakan Akademik
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. Umur
2.1

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 60


Dan

3. Kewarganegaraan
3.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. Lain-lain
4.1
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Tempoh Pengajian
10 Bulan

Prospek Kerjaya
1. Mekanik Kenderaan:
• Berfokus kepada kerja-kerja fizikal di bengkel seperti menyelenggara, menservis, dan membaik pulih enjin serta sistem mekanikal (brek, transmisi, stereng, dan ampaian) untuk memastikan kenderaan dalam keadaan selamat.

2. Pembantu Juruteknik:
• Bertugas menyokong juruteknik senior dalam melakukan pemeriksaan teknikal, membantu proses diagnostik menggunakan Scanner Tools, serta memastikan semua peralatan dan ruang kerja diuruskan dengan berdisiplin mengikut standard pengurusan bengkel.

3. Juruteknik Servis di Pusat Servis (3S/4S):
• Beroperasi dalam persekitaran profesional yang mengutamakan kualiti pengeluar (Sales, Service, Spare Parts). Tugas utama merangkumi penyenggaraan sistem elektrikal, elektronik, dan sistem pendingin hawa (HVAC) mengikut prosedur teknikal yang mantap.

Senarai jawatan di atas adalah merupakan gambaran prospek kerjaya atau idea jawatan yang relevan dengan bidang pengajian sebagai rujukan am sahaja. Pihak Institut Teknologi Riam tidak menjamin sebarang penempatan pekerjaan secara automatik. Kejayaan dalam memperoleh jawatan tersebut bergantung sepenuhnya kepada prestasi akademik, kemahiran individu, pengalaman kerja, serta syarat-syarat pengambilan yang ditetapkan oleh pihak majikan atau industri berkaitan.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT TEKNOLOGI RIAM
Alamat
LOT 1305, 3.5 MILES RIAM ROAD,
Negeri
SARAWAK
Penyelaras
Diana Frederick Uyo
Telefon
085-613371
Emel
erichii@riamtec.edu.my
Laman Web
www.riamtec.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Transformasi minat anda menjadi kerjaya profesional melalui latihan berimpak tinggi yang diiktiraf sepenuhnya oleh industri.

Kenapa Pilih Program Kami?
1. Fokus Industri: Program berasaskan 70% Latihan Praktikal & 30% Teori bagi memastikan penguasaan kemahiran hands-on yang jitu.
2. Tempoh Pantas: Graduan kompeten dalam masa singkat (9 hingga 12 bulan sahaja).
3. Laluan Kerjaya: Laluan ke peringkat lebih tinggi terbuka ke SKM Tahap 3 & DKM Tahap 4 (Diploma) secara berterusan di bawah satu bumbung.

Kelebihan Eksklusif di Riamtec:
1. Fasiliti Antara Yang Terbaik: Mempunyai kemudahan bengkel dan makmal bertaraf industri yang merupakan antara yang terbaik di Sarawak, serta direka khas untuk memenuhi standard industri semasa.
2. Penginapan Selesa: Kemudahan Asrama Dalam Kampus yang selamat, strategik, dan kondusif bagi memudahkan fokus pembelajaran pelajar.
3. Ekosistem Pembelajaran Dinamik: Persekitaran kampus yang luas dan lengkap untuk pembangunan sahsiah, disiplin, dan kemahiran teknikal yang menyeluruh.