[EIM-SKM3] ;
Program Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa (Tahap 3) ini bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir di peringkat penyeliaan yang kompeten dalam mengendalikan sistem elektrikal voltan rendah bagi memenuhi piawaian keselamatan dan industri elektrik negara. Fokus utama program adalah untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran teknikal lanjutan merangkumi lukisan elektrik tiga fasa, pendawaian serta pengujian dan pentauliahan (testing & commissioning) sistem tiga fasa. Melalui pendekatan latihan amali yang intensif termasuk pemasangan sistem motor, penyelenggaraan sistem elektrikal, serta pemasangan Sistem Automasi Bangunan (BAS), program ini bermatlamat untuk membentuk juruelektrik yang profesional, mahir dalam aspek penyeliaan pemasangan, serta mempunyai asas kepakaran yang mantap untuk memulakan kerjaya sebagai penyelia tapak .
Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa [F432-005-2:2019] Atau
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Satu Fasa [EE-320-2:2012]
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 60