P854-002-4:2017
Matlamat program Diploma Kemahiran Malaysia Pengajaran Tahfiz adalah untuk melahirkan generasi baru yang berilmu dan mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran berteraskan Al-Quran dan pengajian Islam. Ia merupakan satu bidang perkhidmatan pendidikan dan pengajaran dalam memperkasa dan melancarkan pengajaran dan pembelajaran berteraskan pedagogi tahfiz Al-Quran.
Program ini juga mensasarkan ke arah melahirkan huffaz yang berdaya maju dan kompetitif dan mempunyai pelbagai kemahiran dari segenap aspek. Selain itu, program ini boleh dianggap sebagai satu “implementasi syarak” dalam menyediakan keperluan kumpulan tenaga mahir dalam perkhidmatan pengajaran madrasah Tahfiz Al-Quran bagi tujuan memperkasa dan memartabatkan institusi tahfiz di Malaysia. Ia mampu melahirkan huffaz profesional yang berperanan dalam pembinaan dan pembangunan ummah yang berkualiti berjiwa Rabbani.
Jaringan kerjasama Industri bagi peluang kerjaya :
- Yayasan Pendidikan Al-Quran ADDIN Perak.
- Persatuan Tahfiz Kedah Darul Aman (PETANDA)
- Persatuan Maahad Tahfiz Negeri Perak (PEMATAP)
- Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA)
- Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS)
- Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA)
- Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA AL-QURAN)
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 25