Kursus TVET
PATISSERIE : PEMBUATAN PASTRI (SKM2)

DP (SKM2)

Pengenalan Kursus

Program Pembuatan Pastri (Tahap 2) ini bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten dan siap sedia industri bagi memenuhi keperluan sektor hospitaliti dan pelancongan. Fokus utama program adalah untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran teknikal hands-on dalam penghasilan produk pastri seperti roti, kek, dan biskut, sambil menerapkan piawaian ketat terhadap kebersihan, sanitasi makanan, dan keselamatan di tempat kerja. Melalui pendekatan latihan amali yang intensif, program ini bermatlamat untuk membentuk graduan yang profesional, berdisiplin, dan mempunyai asas kukuh untuk memulakan kerjaya sebagai Pembantu Pastri atau menyambung pengajian ke peringkat tahap yang lebih tinggi di Riam Institute of Technology.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Kelayakan Akademik
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. Umur
2.1

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 60


Dan

3. Kewarganegaraan
3.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. Lain-lain
4.1
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Tempoh Pengajian
10 Bulan

Prospek Kerjaya
1. Pastry Commis;
• Peringkat permulaan kerjaya di dapur pastri hotel atau restoran untuk menyediakan bahan dan produk bakeri.
2. Professional Baker;
• Bertugas di kedai bakeri komersial atau kafe untuk menghasilkan pelbagai jenis roti, biskut, dan pastri.
3. Cake Decorator;
• Pakar dalam seni menghias kek untuk majlis-majlis khas dan acara korporat.
4. Bakery Entrepreneur;
• Idea memulakan perniagaan bakeri sendiri sama ada secara fizikal atau perniagaan dari rumah.

Senarai jawatan di atas adalah merupakan gambaran prospek kerjaya atau idea jawatan yang relevan dengan bidang pengajian sebagai rujukan am sahaja. Pihak Institut Teknologi Riam tidak menjamin sebarang penempatan pekerjaan secara automatik. Kejayaan dalam memperoleh jawatan tersebut bergantung sepenuhnya kepada prestasi akademik, kemahiran individu, pengalaman kerja, serta syarat-syarat pengambilan yang ditetapkan oleh pihak majikan atau industri berkaitan.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT TEKNOLOGI RIAM
Alamat
LOT 1305, 3.5 MILES RIAM ROAD,
Negeri
SARAWAK
Penyelaras
Diana Frederick Uyo
Telefon
085-613371
Emel
erichii@riamtec.edu.my
Laman Web
www.riamtec.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Transformasi minat anda menjadi kerjaya profesional melalui latihan berimpak tinggi yang diiktiraf sepenuhnya oleh industri.

Kenapa Pilih Program Kami?
1. Fokus Industri: Program berasaskan 70% Latihan Praktikal & 30% Teori bagi memastikan penguasaan kemahiran hands-on yang jitu.
2. Tempoh Pantas: Graduan kompeten dalam masa singkat (9 hingga 12 bulan sahaja).
3. Laluan Kerjaya: Laluan ke peringkat lebih tinggi terbuka ke SKM Tahap 3 & DKM Tahap 4 (Diploma) secara berterusan di bawah satu bumbung.

Kelebihan Eksklusif di Riamtec:
1. Fasiliti Antara Yang Terbaik: Mempunyai kemudahan bengkel dan makmal bertaraf industri yang merupakan antara yang terbaik di Sarawak, serta direka khas untuk memenuhi standard industri semasa.
2. Penginapan Selesa: Kemudahan Asrama Dalam Kampus yang selamat, strategik, dan kondusif bagi memudahkan fokus pembelajaran pelajar.
3. Ekosistem Pembelajaran Dinamik: Persekitaran kampus yang luas dan lengkap untuk pembangunan sahsiah, disiplin, dan kemahiran teknikal yang menyeluruh.