Kursus TVET
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (REKABENTUK PRODUK INDUSTRI)

SMI 03

Pengenalan Kursus

Pelajar akan dilatih menyediakan pelan komponen mekanikal dan merekabentuk produk yang berkaitan dengan industri dalam lukisan 2
dan 3 dimensi menggunakan perisian CAD dan CAM seperti AutoCAD, Inventor. Di samping itu, pelajar juga didedahkan menggunakan
aplikasi multimedia seperti Adobe Photoshop dan Adobe Flash bagi menghasilkan lakaran idea dan persembahan yang berkesan dan mantap.Selain daripada itu, para pelajar juga akan diajar untuk menghasilkan model dengan teknik pembuatan mengikut modul pembelajaran

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Kelayakan Akademik
1.1 Minimum:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. Umur
2.1 Mestilah:

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30


Dan

3. Syarat Tambahan
3.1 Mestilah:
1. Bujang (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Dan

4. Warganegara
4.1 Mestilah:
Warganegara Malaysia Sahaja

Tempoh Pengajian
27 Bulan

Prospek Kerjaya
Perekabentuk Produk Industri (designer), Pelukis Pelan (draughter) dan Pembuat Model (model maker) di sektor perkilangan, pembinaan, perabot, industri automotif, bidang rekaan grafik dan tenaga pengajar di Institusi kemahiran swasta/ awam.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA TANAH MERAH
Alamat
JALAN BUKIT PANAU
17500 TANAH MERAH, KELANTAN
Negeri
KELANTAN
Penyelaras
RAHIMAH BINTI ABDULLAH
Telefon
09-9509900
Emel
rahimah.a@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
ELAUN : RM 100 SEBULAN
ELAUN LATIHAN INDUSTRI: RM300
PELUANG PEKERJAAN DAN LATIHAN INDUSTRI BERSAMA SYARIKAT YANG MENANDATANGANI MOU
PENGINAPAN DAN MAKAN MINUM : DISEDIAKAN
KEMUDAHAN SUKAN DAN REKREASI: DISEDIAKAN