Kursus TVET
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI HOSPITALITI (PENYEDIAAN PASTRI)

SHP 03

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA KEMASIK, TERENGGANU

Pengenalan Kursus

Kursus Sijil Kemahiran Malaysia Pembuatan Pastri adalah kursus untuk melatih pelajar dengan memberi penekanan kepada kemahiran dalam menyediakan pelbagai produk pastri seperti kek, puding, biskut, coklat dan pencuci mulut tradisional melalui teknik dan kaedah moden menggunakan mesin dan peralatan berteknologi mengikut prosedur yang ditetapkan bagi menjamin hasil produk yang berkualiti, menarik dan bersih selaras dengan kehendak industri. Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali berdasarkan proses kerja sebenar mengikut piawaian mengenai kemahiran persediaan asas sehingga ke tahap yang tinggi dalam penyediaan pastri.

Tahap Pengajian

Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
Kriteria yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Syarat Wajib
Minimum:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
02
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib
Mestilah:

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30

DAN
03
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
Syarat Wajib
Mestilah:
1. Bujang (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
DAN
04
Kriteria Utama
Warganegara
Warganegara Malaysia
Syarat Wajib
Mestilah:
Warganegara Malaysia Sahaja

Tempoh Pengajian
24 Bulan

Prospek Kerjaya
Pastry Commis, Pastry Demi Chef, Pastry Chef De Partie

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA KEMASIK
Alamat
KM 19 JALAN KEMAMAN-DUNGUN
24200 KEMAMAN TERENGGANU
Negeri
TERENGGANU
Penyelaras
ZULBAHARI BIN AHMAD
Telefon
09-8664500
Emel
z_bahari@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
ELAUN : RM 100 SEBULAN
ELAUN LATIHAN INDUSTRI: RM300
PELUANG PEKERJAAN DAN LATIHAN INDUSTRI BERSAMA SYARIKAT YANG MENANDATANGANI MOU
PENGINAPAN DAN MAKAN MINUM : DISEDIAKAN
KEMUDAHAN SUKAN DAN REKREASI: DISEDIAKAN