Kursus Tahap 4 Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam DIPLOMA TEKNOLOGI MEKANIKAL (PRODUK PLASTIK – TERMOPLASTIK), pelajar yang mengikuti kursus ini akan diberi pendedahan mengenai kaedah untuk menghasilkan produk dalam bidang polimer dimana material yang digunakan adalah berasaskan plastik. Para pelatih juga akan mempelajari cara penyediaan bahan, alatan, acuan serta mengenali jenis-jenis mesin pengacuan suntikan bagi penghasilan produk. Selepas itu, pelatih akan mempelajari proses penyeliaan pengeluaran seperti mengenalpasti, membaikpulih, mencegah masalah produk, membuat pemeriksaan kualiti dan sifat fizikal produk. Para pelatih juga akan didedahkan dengan mengenai bahagian pengurusan untuk merancang dan mengawal perjalanan operasi syarikat beserta penyelenggaraan dan kaedah yang betul dalam mengendalikan mesin.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30