Melatih pelajar dengan kemahiran dalam bidang semburan cat meliputi kerja-kerja menyelia dan mengecat semula badan kenderaan. Pelajar akan diajar melalui kaedah 70% amali dan 30% teori mengikut pensijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Antara modul-modul yang terdapat dalam kursus ini adalah seperti Semburan Cat Alkid, Semburan Cat Akrilik, Semburan Cat 2K dan sebagainya. Setelah tamat latihan, pelajar dapat memahami secara teori jenis-jenis cat yang digunakan untuk mengecat badan kenderaan serta mampu mengecat semula badan kenderaan dengan baik dan sempurna.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30