KKursus Penyediaan Makanan menawarkan latihan berdasarkan pengetahuan teori dan kemahiran amali di samping menerapkan suasana kerja yang sebenar. Dalam kursus ini pelajar akan diajar tentang teknik asas masakan Asia dan Barat sehingga mereka dapat mengetengahkan sesuatu masakan dari tahap persiapan sehingga penghidangan. Kursus ini juga memberi pendedahan penting tentang sesuatu masakan secara menyeluruh dan memberi peluang kepada pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan dan perkhidmatan katering. Pelajar juga dilatih untuk menghasilkan produk yang kreatif dan menyelerakan menggunakan kombinasi kaedah yang tertentu sehingga dapat melahirkan golongan profesional dalam bidang masakan
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30