Melatih dan memberi kemahiran dan teknik yang diperlukan untuk membantu pelajar mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam prinsip-prinsip asas industri hospitaliti dalam bidang pembuatan kek, kemahiran menghias kek secara kreatif, kemahiran menghasilkan roti, pastri, chocolate dan penghasilan variasi dessert yang merangkumi tempatan dan antarabangsa. Pelajar juga akan didedahkan dengan pengetahuan berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan makanan, asas jualan dan pemasaran, pembelian dan kawalan kos, penyeliaan dan pengurusan pengeluaran. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, ia dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan dan seterusnya menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30