Kursus TVET
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF (PENYELENGGARAAN KERETA)

SAK 03

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA MIRI, SARAWAK

Pengenalan Kursus

Melatih dan memberi Kemahiran dan Teknik yang diperlukan untuk membantu pelajar untuk belajar cara-cara menyelenggara kenderaan ringan seperti kereta, van dan kenderaan pacuan 4 roda dalam aspek merombak dan membaikpulih enjin dan sistem penghantaran kuasa (gear box). Di samping itu juga para pelajar akan didedahkan dengan keselamatan dan kesihatan, komunikasi dan aplikasi teknologi maklumat, system autoelektrik, sistem kawalan dan sistem penyamanan udara kenderaan serta akan didedahkan dengan teknologi-teknologi terkini yang terdapat pada kenderaan masa kini.

Tahap Pengajian

Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Pra-Syarat Kursus
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Syarat Wajib
Minimum:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
02
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib
Mestilah:

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30

DAN
03
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
Syarat Wajib
Mestilah:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
DAN
04
Kriteria Utama
Warganegara
Warganegara Malaysia
Syarat Wajib
Mestilah:
Warganegara Malaysia Sahaja

Tempoh Pengajian
24 Bulan

Prospek Kerjaya
1. Juruteknik dalam bidang Automotif (Penyelenggaraan Kereta)
2. Usahawan dalam bidang berkaitan
3. Tenaga pengajar di Institusi kemahiran

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA MIRI
Alamat
JALAN PERMY JAYA UTAMA
BANDAR BARU PERMY JAYA
98000 MIRI
SARAWAK
Negeri
SARAWAK
Penyelaras
NATHASHA ESSA LEWAT
Telefon
085-660714
Emel
nathasha@kbs.gov.my
Laman Web
https://kemahiran.kbs.gov.my/ikbnmiri.html

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
ELAUN : RM 100 SEBULAN
ELAUN LATIHAN INDUSTRI: RM300
PELUANG PEKERJAAN DAN LATIHAN INDUSTRI BERSAMA SYARIKAT YANG MENANDATANGANI MOU
PENGINAPAN DAN MAKAN MINUM : DISEDIAKAN
KEMUDAHAN SUKAN DAN REKREASI: DISEDIAKAN