Pelajar akan didedahkan dengan pengajaran secara teori dan praktikal tentang teknologi kenderaan bermotor seperti pemeriksaan kenderaan berkala, sistem bahan api, sistem elektrik kenderaan bermotor, sistem penghantaran bermotor, sistem pembaikan klac dan brek, pengimbangan kenderaan bermotor dan sistem stereng, tayar dan pembaikan sistem ampaian dan juga sistem penyelenggaraan penyaman udara. Selain itu, pelajar juga akan diperkenalkan kepada enjin berkuasa turbo. Seterusnya, pelajar akan didedahkan kepada penyeliaan pengurusan yang merangkumi teknik komunikasi, pengurusan kerja, keselamatan dan kesihatan, bajet dan asas pengurusan dan penyeliaan pekerja.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30