Kursus TVET
PERKHIDMATAN PEMBAIKAN – KENDERAAN RINGAN

G452-002-2:2018;PERKHIDMATAN PEMBAIKAN – KENDERAAN RINGAN

ICYM TVET CENTRE KOLEJ YAYASAN MELAKA, MELAKA

Pengenalan Kursus

Kursus ini memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta mengenai sistem utama automotif termasuk enjin, sistem brek, sistem suspensi, sistem stereng, sistem elektrik dan elektronik asas, serta amalan keselamatan bengkel. Penekanan diberikan kepada latihan hands-on bagi memastikan peserta mampu mengaplikasikan pengetahuan teori dalam situasi kerja sebenar.

Melalui pelaksanaan kursus ini, peserta akan dibimbing untuk menguasai kemahiran teknikal, sikap kerja profesional, serta pematuhan kepada keselamatan, kesihatan dan persekitaran (SHE) di tempat kerja. Kursus ini sesuai untuk lepasan sekolah, pencari kerja baharu, atau individu yang ingin membina kerjaya dalam industri automotif sebagai pembantu juruteknik atau mekanik automotif tahap permulaan.

Pada akhir kursus, peserta yang kompeten akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2, yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan diterima pakai oleh industri automotif tempatan.

Tahap Pengajian

Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
Kriteria yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Wajib
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 45

DAN
03
Kriteria Utama
Berminat dalam TVET (Kemahiran)
Syarat Wajib

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
04
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
Maklumat Tambahan
Syarat Wajib
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
DAN
05
Kriteria Utama
Syarat Umum
Maklumat Umum
Syarat Wajib

Syarat Umum:
1. Boleh mengurus diri bagi pemohon pemegang kad OKU atau pelajar dari Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)


Tempoh Pengajian
8 Bulan

Prospek Kerjaya
1. Mekanik kenderaan ringan
2. Usahawan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ICYM TVET CENTRE KOLEJ YAYASAN MELAKA
Alamat
NO.1 JALAN BUKIT SEBUKOR
Negeri
MELAKA
Penyelaras
ROSLINDA BT SHAKH ABDULLAH
Telefon
06-2824251
Emel
info.tvet@icym.edu.my
Laman Web
www.tvet.icym.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1. Kaedah latihan 70% amali dan 30% teori
2. Silibus / Topik yang akan dipelajari adalah:
a) Vehicle Workshop Housekeeping
b) Vehicle Engine Service
c) Vehicle Engine Overhauling
d) Vehicle Brake System Service
e) Engine Cooling System Replacement
f) Rear / Front Axle Rectification
g) Exhaust System Rectification
h) Vehicle Electrical & Electronic System Service
i) Vehicle Steering, Suspension and Wheel System Service
j) Vehicle Heated Ventilation Air Conditioning (HVAC) System Rectification
k) Automatic Transmission / Transaxle Unit Overhauling
l) Manual Transmission / Transaxle Unit Overhauling
m) Transfer Case Overhauling
n) Vehicle Carburetor Service