I561-002-3:2018,I561-002-2:2018;Food & Beverage Operation Supervision
Program Food and Beverage Operation Supervision Tahap 3 bertujuan melatih pelatih untuk memiliki kemahiran di peringkat penyeliaan dalam operasi makanan dan minuman di hotel, restoran, resort, kapal persiaran, syarikat katering serta outlet makanan dan minuman komersial.
Kursus ini memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran penyeliaan, komunikasi, pengurusan operasi harian, pematuhan standard servis, serta latihan dan penilaian kakitangan bawahan.
Selain daripada kemahiran teknikal dalam penyediaan dan penyajian makanan serta minuman, pelatih akan dilatih untuk mengurus jadual kerja, melaksanakan taklimat operasi, menangani aduan pelanggan, memantau prestasi kakitangan, dan melaksanakan prosedur keselamatan serta kebersihan mengikut piawaian industri.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35