Kursus TVET
DIPLOMA KOMPETENSI ELEKTRIK (PENGAGIHAN)

Pengenalan Kursus

Program ini menawarkan pembelajaran dan latihan yang berasaskan teori dan amali dalam bidang elektrik dan dijalankan secara usaha sama antara MARA dengan Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Pelajar yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan oleh MARA Diploma Kompetensi Elektrik dan Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera Elektrik (Sistem Voltan Rendah Tanpa Stesen Jana kuasa). Pengetahuan dan latihan yang dipelajari meliputi kerja-kerja amali gegas dan pendawaian elektrik serta pepasangan elektrik satu dan tiga fasa, prinsip operasi dan membaik pulih litar-litar elektrik samada litar analisis mahupun litar digital, memahami perjalanan, penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik, konsep pengubah dan penggunaan komersial motor elektrik serta memahami dan berupaya melakukan kerja-kerja elektrik yang melibatkan papan suis utama, kabel bawah tanah dan talian atas.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Taraf Warganegara
1.1 Warganegara
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. Taraf Bumiputera
2.1 Calon Bumiputera
Calon Bumiputera Sahaja

Dan

3. Kelayakan Akademik
3.1 LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi dalam bidang berkaitan ATAU Lulusan Diploma Kompetensi Elektrik (Pendawai PW4 / Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri) dari IKM/KKTM ** KEUTAMAAN AKAN DIBERIKAN KEPADA CALON YANG MEMPUNYAI SIJIL KEMAHIRAN TAHAP 3 DALAM BIDANG BERKAITAN**

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi dalam bidang berkaitan Dari ILKA/ILKS
Minimum CGPA : 2

Atau

Jenis Sijil/Diploma : Diploma (Selain Diploma Kemahiran)
Mempunyai Diploma Kompetensi Elektrik ( Pendawai PW4) / Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik & Industri) Dari Institut Kemahiran MARA (IKM) / Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
Minimum CGPA : 2


Dan

4. Syarat WAJIB
4.1 Perakuan Kekompetenan Pendawai Elektrik (PW4 @ PW2)

Syarat Umum:
1. Memiliki Perakuan Kekompetenan Pendawai (PW4 @ PW2) dari Suruhanjaya Tenaga


Dan

5. Tahap Kesihatan
5.1 Tidak menerima sebarang jenis Orang Kurang Upaya
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Dan

6. Umur
6.1 Sekurang-kurangnya berumur 18 tahun hingga 45

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 45


Tempoh Pengajian
24 Bulan

Prospek Kerjaya
Penjaga Jentera Elektrik, pembantu Jurutera

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
TVETMARA SIK (INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK)
Alamat
08200 SIK,
KEDAH
Negeri
KEDAH
Penyelaras
MUHAMMAD RAHIMI BIN SALIMIN
Telefon
04 - 469 5964 @ 04 - 469 2045
Emel
ikm_sik@ikmsik.edu.my
Laman Web
https://tvetmara.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
-