Kursus TVET
Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Voltan Rendah

F432-005-4:2019,F432-005-3:2019,F432-005-2:2019;DIPLOMA KOMPETENSI ELEKTRIK ( DOMESTIK & INDUSTRI)

Pengenalan Kursus

Program Diploma Kompetensi Elektrik (Domestik & Industri) direka bagi melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berkemahiran tinggi dalam bidang pemasangan, penyelenggaraan dan pengujian sistem elektrik bagi sektor domestik dan industri. Program ini menekankan gabungan pengetahuan teori, kemahiran amali serta pematuhan kepada piawaian keselamatan dan peraturan Suruhanjaya Tenaga (ST).
Melalui program ini, pelajar akan didedahkan kepada aspek-aspek penting seperti asas kejuruteraan elektrik, pendawaian tiga fasa, sistem perlindungan litar, motor elektrik, serta teknik pengujian dan penyelenggaraan peralatan elektrik. Di samping itu, penekanan turut diberikan terhadap pembangunan kemahiran insaniah, komunikasi teknikal, dan etika profesional bagi memenuhi keperluan industri elektrik yang kompetitif dan berkembang pesat.
Program ini juga memberi laluan kepada pelajar untuk mendapatkan Sijil Kompetensi Pendawai Elektrik yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga, sekali gus membuka peluang kerjaya sebagai Pendawai Elektrik, Juruteknik Penyelenggaraan, Penyelia Tapak, atau Kontraktor Elektrik di sektor awam dan swasta.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Taraf Warganegara
1.1 Warganegara
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. Taraf Bumiputera
2.1 Bumiputera
Calon Bumiputera Sahaja

Dan

3. Kelayakan Akademik
3.1 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan dua (2) Kepujian dalam mana-mana mata pelajaran DAN Lulus Mata Pelajaran Matematik DAN Lulus mata pelajaran Kumpulan Sains/Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) DAN Tidak Rabun Warna

1. LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1249 SEJARAH

2.

Kumpulan Matematik

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1449 MATEMATIK

3. Dua (2) Kepujian dalam mana-mana mata pelajaran

Mana-mana mata pelajaran

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
3755 PERDAGANGAN
1223 PENDIDIKAN ISLAM
1225 PENDIDIKAN MORAL
2611 PENDIDIKAN SENI VISUAL
2280 GEOGRAFI
3756 PRINSIP PERAKAUNAN
3766 PERNIAGAAN
3729 PERTANIAN
5226 TASAWWUR ISLAM
5402 AL-SYARIAH
5228 PENDIDIKAN SYARI'AH ISLAMIAH
5304 TURATH DIRASAT ISLAMIAH
5302 MAHARAT AL-QURAN
3769 SAINS RUMAH TANGGA
3767 EKONOMI
3754 PENGAJIAN KEUSAHAWANAN
3757 EKONOMI ASAS
3758 EKONOMI RUMAH TANGGA
2711 LUKISAN
1103 BAHASA MELAYU

4. Lulus mata pelajaran Kumpulan Sains/Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1119 BAHASA INGGERIS
1449 MATEMATIK
3755 PERDAGANGAN
1223 PENDIDIKAN ISLAM
1225 PENDIDIKAN MORAL
6351 BAHASA CINA
2611 PENDIDIKAN SENI VISUAL
6354 BAHASA TAMIL
7205 ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
2280 GEOGRAFI
4572 SAINS SUKAN
3756 PRINSIP PERAKAUNAN
3766 PERNIAGAAN
3729 PERTANIAN
7303 TANAMAN MAKANAN
7202 KATERING DAN PENYAJIAN
7203 PEMPROSESAN MAKANAN
7208 GERONTOLOGI ASAS DAN GERIATRIK
7302 AKUAKULTUR DAN HAIWAN REKREASI
7207 PENJAGAAN MUKA DAN PENGGAYAAN RAMBUT
5226 TASAWWUR ISLAM
5402 AL-SYARIAH
5228 PENDIDIKAN SYARI'AH ISLAMIAH
5304 TURATH DIRASAT ISLAMIAH
5302 MAHARAT AL-QURAN
9378 BAHASA PUNJABI
3769 SAINS RUMAH TANGGA
5404 MANAHIJ AL-'ULUM AL-ISLAMIAH
2621 PENDIDIKAN MUZIK
6356 BAHASA IBAN
6357 BAHASA KADAZAN/DUSUN
6358 BAHASA SEMAI
5403 AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MU'ASIRAH
2733 APRESIASI TARI
8552 ASAS KEMAHIRAN PELANCONGAN
8870 ASUHAN KANAK-KANAK
2724 AURAL DAN TEORI

Atau

3.2 Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih 3.33, Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM kod 1104, PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67 DAN Kompeten semua modul Vokasional - SILA SERTAKAN SIJIL TAMAT KOLEJ VOKASIONAL
PNG Keseluruhan : 0.00
PNG Akademik : 3.33
PNG Vokasional : 3.67
Kod Mata Pelajaran Mata Pelajaran Wajib/Pilihan Min Gred
1104 BAHASA MELAYU Wajib C

Dan

4. Umur
4.1 Umur sekurang-kurangnya 17 tahun hingga 45 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 45


Dan

5. Tahap Kesihatan
5.1 Tidak menerima sebarang jenis Orang Kurang Upaya (OKU)
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Tempoh Pengajian
36 Bulan

Prospek Kerjaya
Pendawai Elektrik (Wireman PW4), Kontraktor Elektrik Berdaftar,Usahawan dalam Bidang Perkhidmatan Elektrik

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
TVETMARA BESERI (INSTITUT KEMAHIRAN MARA BESERI)
Alamat
KM 14, JALAN KAKI BUKIT,
02400 BESERI,
PERLIS
Negeri
PERLIS
Penyelaras
'AINAA' QATRUNNADA SYIFAA' BINTI ALIAS
Telefon
04 - 938 4021
Emel
sysadmin@ikmbeseri.edu.my
Laman Web
https://www.tvetmara.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Yuran pengajian di IKM Beseri adalah ditanggung sepenuhnya oleh MARA,
IKM Beseri dilengkapi dengan bengkel moden, makmal komputer, perpustakaan , bilik kuliah interaktif, serta kemudahan sukan dan kokurikulum.
Semua pelajar IKM Beseri layak menerima elaun sara diri bulanan yang disediakan oleh MARA bagi membantu menampung kos hidup sepanjang tempoh pengajian.