IT-020-3:2013;Operasi Sistem Komputer
Kursus Operasi Sistem Komputer bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir yang berpengetahuan dan berkebolehan dalam bidang sistem komputer. Pelajar akan dilatih untuk memahami komponen asas perkakasan dan perisian komputer, menjalankan pemasangan, konfigurasi, penyelenggaraan, serta penyelesaian masalah sistem dengan cekap dan beretika.
Kursus ini turut memberi pendedahan kepada pengurusan rangkaian asas, keselamatan sistem, serta amalan kerja berkualiti yang memenuhi keperluan industri ICT semasa.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis