MC-091-4:2016;SOKONGAN SISTEM KEJURUTERAAN AUTOMASI INDUSTRI
Kursus Mekatronik Tahap 4 merupakan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang menggabungkan elemen mekanikal, elektronik, kawalan automasi, dan sistem robotik. Program ini bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu merekabentuk, memasang, menyelenggara, dan menyelesaikan masalah dalam sistem mekatronik yang canggih.
Pelajar akan didedahkan kepada teknologi terkini seperti PLC, sensor, sistem kawalan berkomputer, robotik industri, hidraulik, dan pneumatik, yang banyak digunakan dalam sektor automasi, pembuatan, dan kejuruteraan mekanikal.
Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri [MC-091-3:2016]