C321-001-3:2023,C321-001-2:2023;SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SENI DAN KRAF BARANG KEMAS KONTEMPORARI)
Kursus modul ini direka untuk mendedahkan kepada pelatih tentang Pembuatan Kraf Barang Kemas Secara Tradisional dan Kontemporari. Pelatih diajar asas kemahiran dan kreativiti, asas teknikal dan teknologi di dalam bidang kraf logam khusus dalam pembuatan barang kemas dan aksesori seperti yang telah ditetapkan di dalam Kurikulum Pengajian Seni Kraf Logam. Pelatih akan mengendalikan semua tugas berkaitan mereka bentuk barang kemas mengikut konsep tradisional dan kontemporari serta melakukan tugas-tugas teknikal seperti kerja-kerja pembentukan barang kemas dan acuan tuangan barang kemas. Matlamat kursus juga adalah melahirkan graduan seni kraf sebagai Jurukraf Barang Kemas yang berkemahiran dalam bidang logam bagi memenuhi keperluan industri
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 35
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis