C259-006-4:2020;PEMBANGUNAN REKABENTUK & PENGATURCARAAN PEMESINAN
Program latihan ini akan melengkapkan pelatih dengan pengetahuan dan kemahiran dalam merekabentuk, memproses, mengendali dan mengurus sistem dan peralatan yang digunakan dalam bidang teknologi pemesinan. Pelatih akan mengkaji lukisan asas dan reka bentuk (CAD / CAM) berkaitan Kejuruteraan, menggunakan mesin konvensional dan CNC melibatkan Lathe Machine, Milling Machine, Grinding Machine, EDM Die Sinking Machine dan EDM Wire Cut Machine . Di samping itu, pelatih juga akan mempelajari subjek penyeliaan dan mata pelajaran am seperti Matematik, Bahasa Inggeris dan Aplikasi Komputer.Pelatih akan menggunakan semua pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari untuk menjalani Latihan Industri pada akhir semester. Pelatih juga terlibat dengan aktiviti-aktiviti kurikulum dan sukan.
OPERASI PEMESINAN CNC [C259-006-3:2020] Atau
Operasi Pemesinan [MC-050-3:2015] Atau
Operasi Pemesinan [MC-050-3:2017]
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 20
Umur Maksimum : 50