N791-008-3:2025;PEMANDU PELANCONG BANDAR
Mulakan kerjaya di bidang pelancongan dengan menyertai KURSUS PEMANDU PELANCONG BANDAR : Tahap 3 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Kursus yang ditawarkan kepada lepasan sekolah, graduan atau individu dewasa yang bekerja dan ingin menjadi individu kompetan, sertai kursus ini yang bertujuan melahirkan tenaga mahir dalam industri pelancongan negara.
SYARAT KEMASUKAN MINIMUM:
Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dengan 6 subjek lulus.
atau
5 tahun pengalaman dalam bidang pelancongan
Sepanjang tempoh kursus, pelajar akan mengikuti pembelajaran teori dan praktikal yang dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman. Pelajar akan menduduki peperiksaan rasmi oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
PEPERIKSAAN MERANGKUMI:
a) Penilaian pembangunan Portfolio Kerja
b) Peperiksaan teori
c) Peperiksaan praktikal
Pelajar yang berjaya lulus akan menerima:
📜 Sijil SKM Tahap 3 (Pemandu Pelancong) dan boleh memohon pemandu pelancong bandar
Apa yang Anda Akan Pelajari
> Teknik ulasan pemanduan pelancongan profesional
> Pengetahuan mendalam tentang geografi, geologi, sejarah dan budaya Malaysia
> Kemahiran komunikasi pelbagai bahasa untuk pelancong tempatan & antarabangsa
> Pengurusan kumpulan pelancong dan aspek keselamatan di lapangan
> Etika, pengurusan masa & penyampaian maklumat secara menarik
> Pengendalian lawatan ke destinasi popular dan ekopelancongan
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 100