- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
G452-002-3:2018;SERVIS DIAGNOSTIK – KENDERAAN RINGAN
Program Servis Diagnosis Kenderaan Ringan Tahap 3 di bawah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bertujuan melahirkan juruteknik mahir yang berkeupayaan menjalankan kerja diagnosis, penyelenggaraan lanjutan serta pembaikan sistem elektronik dan mekanikal kenderaan ringan mengikut piawaian industri automotif moden.
Kursus ini memberi penekanan kepada kemahiran menganalisis dan menyelesaikan masalah sistem utama kenderaan seperti Engine Management System (EMS), ABS, SRS Airbag, HVAC, serta sistem transmisi manual dan automatik.
Melalui latihan berasaskan National Occupational Skills Standard (NOSS), pelatih akan dipersiapkan untuk menjadi Juruteknik Diagnosis Kenderaan Ringan yang kompeten, berdisiplin dan mampu menyesuaikan diri dengan teknologi automotif terkini.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
PERKHIDMATAN PEMBAIKAN – KENDERAAN RINGAN [G452-002-2:2018] Atau
Servis Pembaikan - Kenderaan Ringan [TP-300-2:2016] Atau
Automotif-Servis Selepas Jualan [TP-300-2:2013] Atau
Juruteknik Kenderaan Motor [TP-300-2] Atau
Mekanik Kenderaan Motor [P-115-2] Atau
Mekanik Kenderaan Motor [P-010-2]
Umur Minimum : 13
Umur Maksimum : 100