Program Diploma Kompetensi Elektrik (Industri) bertujuan melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam melaksanakan tugas teknikal berkaitan sistem elektrik dengan cekap dan selamat. Graduan program ini dilatih untuk mengaplikasikan pengetahuan teori serta kemahiran amali dalam kerja -kerja pendawaian elektrik di pelbagai sektor industri, Memasang kelangkapan elektrik sesuatu bangunan, membaiki kerosakan alat-alat kelengkapan elektrik dan bertanggungjawab membaik pulih sistem elektrikal dan kerja-kerja wiring.
Selain itu, program ini turut menekankan pembangunan kemahiran insaniah seperti komunikasi berkesan, kerja berpasukan, kepimpinan, dan etika profesional bagi melahirkan tenaga kerja yang berdisiplin serta bertanggungjawab terhadap budaya kerja dan masyarakat. Graduan juga digalakkan mengembangkan kemahiran keusahawanan dan pembelajaran sepanjang hayat sebagai persediaan menghadapi perubahan teknologi dan peluang kerjaya dalam industri elektrik yang semakin berkembang.
Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Siijil Perakuan Kekompetenan Sebagai Pendawai PW2 Dari LULUSAN Institut Kemahiran MARA (IKM)/Institut latihan Kemahiran Awam (ILKA) / Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS)
Minimum CGPA : 0
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 45