Kursus TVET
PROSES KIMPALAN ARKA LOGAM BERPERISAI

C259-008-3:2022;SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 3 - PROSES KIMPALAN ARKA LOGAM BERPERISAI

PRESTARIANG SKILLS TRAINING INSTITUTE, JOHOR

Pengenalan Kursus

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 3, PROSES KIMPALAN ARKA LOGAM BERPERISAI ini dibangunkan untuk melahirkan tenaga mahir yang berkemampuan tinggi dalam melaksanakan kerja-kerja kimpalan mengikut standard industri. Melalui latihan Teori dan Amali yang lebih mendalam, peserta akan mempelajari teknik kimpalan lanjutan, kawalan kualiti, serta prosedur keselamatan yang diperlukan untuk bekerja dalam persekitaran industri moden.

Jangkamasa Kursus adalah selama 21 Bulan iaitu terbahagi kepada 3 Semester (18 Bulan) dan 3 Bulan latihan industri. Pemohon adalah tertumpu di kalangan Belia atau Lepasan SPM, atau berumur dari 15 - 35 tahun. Kelayakan minimum untuk kemasukan adalah sekurang-kurangnya boleh mambaca, menulis dan mengira.

Setelah tamat pengajian, para pelatih akan memperoleh Sijil Professional yang disahkan oleh pihak CIDB dan Bureau Veritas Malaysia (BV), selain dari sijil SKM yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran / CIAST.

Tahap Pengajian

Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
Kriteria yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Warganegara Malaysia
Pemohon haruslah memegang status Warganegara Malaysia bagi membenarkan Pinjaman Pembelajaran dipohon di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Syarat Wajib
Pemohon haruslah berstatus Warganegara Malaysia untuk membolehkan permohonan Pembiayaan di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
Umur
15 Tahun sehingga 35 Tahun
Syarat Wajib
Pemohon sekurang-kurangnya berumur dari 15 sehingga 35 Tahun

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 35

DAN
03
Kriteria Utama
Syarat Kelayakan Minimum
Pemohon haruslah sekurang-kurangnya boleh Membaca, Menulis dan Mengira
Syarat Wajib

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
04
Kriteria Utama
3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
Syarat Wajib
1. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
DAN
05
Kriteria Utama
Sesi Temuduga dan Pra Pendaftaran
Syarat Wajib

Syarat Umum:
1. Sesi Temuduga dan Pra Pendaftaran akan dilakukan di Pusat Latihan secara fizikal / Online


Tempoh Pengajian
21 Bulan

Prospek Kerjaya
Jurukimpal - Sasaran industri adalah dalam Sektor Minyak & Gas serta Sektor Pembinaan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PRESTARIANG SKILLS TRAINING INSTITUTE
Alamat
LOT 5819, (BM2569) KAMPUNG LEPAU PENGERANG
Negeri
JOHOR
Penyelaras
AHMAD SAIFUL BIN MOHAMAD NADZIR
Telefon
03-80746964
Emel
zaaim@psti.edu.my
Laman Web

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pinjaman Latihan adalah disediakan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)