Kursus TVET
Reka Bentuk dan Pengurusan Pengeluaran Pakaian

C141-006-5:2021;REKA BENTUK DAN PENGELUARAN PAKAIAN

Pengenalan Kursus

REKA BENTUK DAN PENGURUSAN PAKAIAN (DLKM - TAHAP 5)

-Pusat Bertauliah Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar adalah sebuah institut latihan awam di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)
-Ia merupakan suatu peningkatan kualiti latihan kemahiran daripada Sijil Kemahiran KEMAS dinaiktaraf kepada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM - Tahap 3), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM - Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM - Tahap 5 )yang diiktiraf dan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
-KEMAS telah menguruskan program kemahiran jahitan di seluruh negara bermula pada tahun 1969. Pada tahun 2007, KEMAS telah mengorak langkah ke hadapan dengan menjalankan program pensijilan kemahiran jahitan tersebut demi melahirkan modal insan yang berkualiti.

#BidangFesyen
#JahitanWanita
#PakaianWanita
#RekaBentukDanPengurusanPengeluaranPakaianDLKM-Tahap5

Maklumat Latihan TVET

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia / Diploma Lanjutan Tahap 5 / Setaraf

Syarat Kelayakan

Tempoh Pengajian
3 Bulan

Prospek Kerjaya
Melahirkan usahawan dalam bidang dan tenaga mahir yang diperlukan industri terkini

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
AKADEMI KEMAHIRAN KEMAS SERI ISKANDAR
Alamat
SERI ISKANDAR BOTA PERAK, 32610 SERI ISKANDAR, PERAK
Negeri
PERAK
Penyelaras
NORHAZELIANY BINTI RAZALLI
Telefon
05-3712102
Emel
hazeliany@kemas.gov.my
Laman Web
akksitvet@kemas.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1-Meningkatkan mutu modal insan luar bandar yang berkualiti dan mampu menjadikan tenaga mahir dalam industri fesyen dan pakaian;
2-Meningkatkan kemahiran jahitan peserta luar bandar ke arah persijilan yang diiktiraf;
3-Memberikan latihan kepada pelatih yang kurang cemerlang dalam bidang akademik tetapi mempunyai kemahiran jahitan yang tinggi;
4-Membimbing peserta dari golongan keluarga berpendapatan rendah;
5-Menyediakan tenaga kerja mahir dalam bidang jahitan pakaian sebagai modal insan luar bandar;
6-Melahirkan pengusaha dan tenaga mahir dalam bidang jahitan dan rekaan fesyen serta berdaya saing di sektor perindustrian tekstil;
7-Mewujudkan sinergi latihan dengan agensi kerajaan dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk memberi perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada masyarakat;
8-Membimbing peserta dari golongan keluarga berpendapatan rendah.