- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
HT-014-3:2011;PEMBUATAN PASTRI TAHAP 3
Kursus pembuatan pastri tahap 3 merupakan satu program latihan kemahiran yang direka khusus untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang pastri dan konfeksi. Kursus ini menawarkan pembelajaran yang lebih mendalam dan berstruktur, merangkumi pelbagai teknik lanjutan dalam penyediaan pastri moden, dekorasi pencuci mulut, kawalan mutu serta pematuhan piawaian kebersihan dan keselamatan makanan.
Pelatih akan didedahkan kepada pelbagai aspek teori dan amali yang relevan, termasuk pengurusan dapur pastri, perancangan pengeluaran produk, serta inovasi dalam rekabentuk dan persembahan produk. Di akhir kursus, peserta diharapkan mampu menghasilkan produk pastri berkualiti tinggi yang menepati kehendak industri hospitaliti dan katering, serta berupaya berdikari sama ada sebagai pekerja mahir atau usahawan dalam bidang ini.
Kursus ini selaras dengan standard kemahiran kebangsaan (noss) dan merupakan platform terbaik bagi individu yang ingin meningkatkan tahap kemahiran dari asas ke tahap pertengahan dan seterusnya ke tahap profesional dalam dunia pastri.
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 30
Syarat Umum:
1. Bujang
PEMBUATAN PASTRI [HT-014-2:2011] Atau
Penyedia Pastri [L-110-2]
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis