Program ini mendedahkan pelatih dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi juruteknik automotif kenderaan ringan. Pelatih akan mempelajari prosedur diagnostik EMS, ABS, SRS Airbag, 'Turbocharger/Supercharger', sistem HVAC, Transmisi, 'Diesel Common Rail Fuel Injection' dan sebagainya dengan kaedah latihan 70% amali dan 30% teori secara bersemuka sepenuh masa.
Di samping Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), pelatih akan menerima persijilan profesional dari Institut of the Motor Industry (IMI), UK sebagai persijilan tambahan dan nilai tambah kepada pelatih bagi meningkatkan kebolehpasaran pelatih di industri.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35