Kursus TVET
Sijil Teknologi Percetakan Digital

SRPD03

Pengenalan Kursus

Kursus Produksi Percetakan Digital Tahap 3 direka khas untuk melahirkan individu yang mahir dalam dunia percetakan moden berasaskan teknologi digital. Pelajar akan didedahkan kepada keseluruhan proses pengeluaran cetakan digital — daripada penyediaan warna, pengendalian mesin, kawalan mutu, hingga penyelenggaraan peralatan.

Program ini juga menekankan kemahiran komunikasi dan khidmat pelanggan agar graduan bukan sahaja cekap secara teknikal, tetapi juga mampu berurusan dengan pelanggan dan mengurus pengeluaran dengan efisien. Tamat latihan, pelajar bersedia untuk bekerja di syarikat percetakan digital, penerbitan, pusat grafik, atau memulakan perniagaan cetak sendiri.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Umur
1.1 Berumur 17 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35


Dan

2. Warganegara
2.1 Pemohon adalah
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

3. Syarat Persekolahan
3.1 Calon mestilah

1. Tamat Tingkatan 5

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1249 SEJARAH

Atau

3.2 Calon mestilah

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

4. Syarat Am Kemasukan
4.1 Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, mental,pembelajaran atau fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali.
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Tempoh Pengajian
27 Bulan

Prospek Kerjaya
Juruteknik Percetakan Digital ,Operator Mesin Cetak Digital, Penyelia Pengeluaran Digital, Pegawai Kawalan Kualiti Cetakan, Pembantu Penyelenggaraan Mesin Cetak, Pegawai Khidmat Pelanggan Percetakan, Pembantu Pengeluaran Bahan Promosi dan lain-lain.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS NIBONG TEBAL (ILP NIBONG TEBAL)
Alamat
JALAN BUKIT PANCHOR,
14300 NIBONG TEBAL,
SEBERANG PERAI SELATAN
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
FAIRUZ SYATILLA BINTI ROZAINI
Telefon
04-5956000/ 6019/ 6015/ 6046
Emel
fsyatilla@jtm.gov.my
Laman Web
www.ilpapnt.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
xxx