N821-001-3:2020;PENTADBIRAN PEJABAT
Kursus ini memberi tumpuan kepada pembangunan pengetahuan, kemahiran dan sikap kerja profesional dalam bidang pentadbiran pejabat yang diperlukan oleh sektor perkhidmatan dan perniagaan.
Kursus ini dirancang untuk melahirkan pegawai pentadbiran pejabat yang cekap, sistematik dan profesional dalam menguruskan operasi harian pejabat, menyelaras aktiviti organisasi, serta menggunakan teknologi pejabat moden dengan berkesan. Peserta kursus akan dilatih untuk menjalankan tugasan seperti mengurus surat-menyurat, penyediaan dokumen, pengurusan rekod, khidmat pelanggan dan penyelarasan mesyuarat.
Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan kerja dan latihan praktikal, kursus ini juga menekankan pembangunan soft skills seperti komunikasi, kerja berpasukan, pengurusan masa, dan etika kerja. Kursus ini sangat relevan bagi mereka yang ingin menceburi kerjaya dalam bidang pengurusan pejabat atau meningkatkan tahap kemahiran sedia ada untuk kemajuan kerjaya.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis