Kursus TVET
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (FABRIKASI VESEL)

SMB 03

Pengenalan Kursus

Pelajar akan mempelajari bidang pembentukan bahan logam bagi peralatan bertekanan tinggi (fabrikasi vesel) yang digunakan dalam industri oil & gas serta industri pembuatan bahan logam.

Program ini memberi pendedahan tentang pengetahuan teori dan kemahiran teknikal dalam proses pembuatan peralatan bertekanan tinggi.

Sepanjang pengajian, pelajar akan dilatih dalam kemahiran berkaitan pemasangan bertekanan tinggi, kerja kimpalan (welding), kerja kemasan permukaan logam seperti blasting dan coating, pemeriksaan fabrikasi (fabrication inspection) serta pengurusan kerja di bengkel dan tapak industri.

Tempoh pengajian adalah selama 24 bulan (21 bulan di institut dan 3 bulan Latihan Industri).

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan

Tempoh Pengajian
24 Bulan

Prospek Kerjaya
Graduan berpeluang menceburi kerjaya dalam industri oil & gas serta industri pembuatan bahan logam, khususnya dalam bidang fabrikasi, pemasangan, operasi, inspection dan penyelenggaraan peralatan bertekanan tinggi.

Antara kerjaya yang boleh diceburi ialah:
Juruteknik Vessel Fitter, Plate Fitter, Pipe Fitter, Welder Blaster, Industrial Painter / Coating Technician, Pemeriksa kualiti fabrikasi, juruteknik selenggara, Juruteknik mekanikal, Juruteknik penyelenggaraan vessel.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA PEKAN
Alamat
KM55,JALAN KUANTAN SEGAMAT
26600 PEKAN PAHANG
Negeri
PAHANG
Penyelaras
MUHAMMAD AMIN BIN JAAFAR
Telefon
09-4514888
Emel
aminjaafar@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1) Asrama disediakan secara percuma.
2) Makan/minum disediakan secara percuma.
3) Elaun RM100-RM300 setiap bulan.
4) Yuran pengajian percuma.
5) Bantuan penempatan pekerjaan.