S960-008-2:2025
Kursus ini direka untuk memberi pendedahan dan kemahiran asas dalam bidang dandanan rambut kepada peserta. Ia merangkumi teknik asas seperti penjagaan rambut, pewarnaan, penggayaan serta penggunaan peralatan dan bahan dengan betul.
Sebagai sebahagian daripada Number76 Academy, kursus ini turut mengaplikasikan pendekatan dan teknik dandanan rambut berinspirasikan standard profesional Jepun yang menekankan ketelitian, kualiti hasil kerja serta pengalaman pelanggan.
Selain itu, kursus ini menitikberatkan amalan kebersihan, keselamatan dan kesihatan (KKK) di tempat kerja serta etika profesional dalam industri salon. Peserta juga akan didedahkan kepada kemahiran komunikasi pelanggan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.
Melalui gabungan pembelajaran teori dan latihan praktikal, peserta akan bersedia untuk memasuki industri kecantikan atau meningkatkan kemahiran sedia ada dalam bidang dandanan rambut.
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 40