Kursus TVET
Penyelia Pembantu Dialisis

MP-050-3;PENYELIA PEMBANTU DIALISIS

KOLEJ YAYASAN FELDA KAMPUS RAJA ALIAS, NEGERI SEMBILAN

Pengenalan Kursus

Penyelia Pembantu Dialisis merupakan tahap lanjutan yang melatih pelajar menjadi tenaga kerja mahir dan kompeten dalam bidang dialisis. Pelajar akan menguasai kemahiran teknikal yang lebih mendalam termasuk penyelenggaraan mesin, pemantauan parameter klinikal, pengurusan pesakit kronik, serta penyelesaian masalah asas semasa prosedur. Tahap ini juga menekankan kemahiran kepimpinan, penyeliaan dan kecekapan dalam pengurusan unit dialisis.

Objektif Pembelajaran

Setelah menamatkan Tahap 3, pelajar akan dapat:
1. Mengendalikan dan memantau mesin dialisis dengan cekap serta melaksanakan troubleshooting asas.
2. Menilai keadaan pesakit sebelum, semasa dan selepas rawatan dengan betul.
3. Menguruskan prosedur kerja mengikut Standard Operating Procedure (SOP) dan piawaian keselamatan kesihatan.
4. Menyelia pembantu dialisis lain dalam aktiviti rutin dan memastikan kualiti perkhidmatan terjamin.
5. Melaksanakan dokumentasi dan pelaporan klinikal dengan tepat dan sistematik.
6. Menunjukkan kemahiran komunikasi profesional, empati terhadap pesakit, dan tanggungjawab terhadap tugas.
7. Bersedia untuk bekerja sebagai pembantu dialisis yang kompeten atau melanjutkan pengajian ke tahap lebih tinggi dalam bidang kesihatan.

Tahap Pengajian

Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
Kriteria yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
UMUR
Berumur 16 sehingga 30 tahun
Syarat Wajib

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 30

DAN
02
Kriteria Utama
STATUS PERKAHWINAN
BUJANG
Syarat Wajib
1. Bujang (Wajib)
DAN
03
Kriteria Utama
PENDIDIKAN
Syarat Wajib

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
04
Kriteria Utama
UMUM
Syarat Wajib

Syarat Umum:
1. TIADA REKOD JENAYAH
2. Sihat Tubuh Badan

DAN
05
Kriteria Utama
KELAYAKAN KEMAHIRAN
Syarat Wajib

Pembantu Kanan Dialisis [MP-050-2]

DAN
06
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
Warganegara Malaysia Sahaja

Tempoh Pengajian
7 Bulan

Prospek Kerjaya
Pembantu klinik, Pembantu Pusat Dialisis, Pembantu Hospital

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ YAYASAN FELDA KAMPUS RAJA ALIAS
Alamat
FELDAJAYA SELATAN RAJA ALIAS, BANDAR SERI JEMPOL,
Negeri
NEGERI SEMBILAN
Penyelaras
NOORHAIDAH BINTI RADZUAN
Telefon
06-458 2981
Emel
kyf.negerisembilan@gmail.com
Laman Web
yayasanfelda.net.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
3 BULAN LATIHAN INDUSTRI