Kursus TVET
LATIHAN TENAGA PENGAJAR

NCS-004:2017;LATIHAN TENAGA PENGAJAR

Pengenalan Kursus

Tenaga Pengajar/Jurulatih/Penceramah dalam pelbagai organisasi seperti syarikat, kilang,
pembuatan, universiti/kolej, organisasi perkhidmatan dan perkhidmatan awam. Mereka adalah
bertanggungjawab untuk menentukan keperluan latihan organisasi/bakal peserta mereka,
membentuk kursus latihan yang sesuai untuk mereka. Mereka perlu mengimbangi antara
aplikasi teori dan praktikal dan diharapkan dapat menerapkan etika dan keselamatan yang tinggi
mengamalkan prinsip persekitaran hijau.
Disamping itu, mereka juga membangunkan dan menyampaikan kandungan/kurikulum latihan
dan membuat penilaian ke atas latihan untuk memastikan pulangan yang berbaloi terhadap pelaburan latihan yang diberikan oleh syarikat. Latihan ini boleh berlaku di tempat kerja sama ada di dalam bilik darjah, bengkel, makmal atau di
tapak yang diperuntukkan seperti pusat latihan atau tempat luar. Jadi Tenaga Pengajar/Jurulatih/Penceramah sepatutnya melengkapkan peserta dengan kecekapan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti ini

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Tiada Tahap

Syarat Kelayakan
1. Umur
1.1 had umur pemohon

Umur Minimum : 20
Umur Maksimum : 100


Dan

2. kelayakan akademik
2.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

3. syarat tambahan
3.1 Boleh membaca, menulis, mengira, tahu menggunakan microsoft excel dan word
1. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Tempoh Pengajian
6 Hari

Prospek Kerjaya
TRAINER / JURULATIH

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
International Center for Professional and Technical Education (INCEPT) - UTARA
Alamat
Tingkat Bawah G9, Jalan Sultanah,
05350 Alor Setar, Kedah
Negeri
KEDAH
Penyelaras
NORHAFIZAH BINTI MOHD NOR
Telefon
019-6906350
Emel
inceptutara@gmail.com
Laman Web
http://www.incept.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kursus ini menawarkan kemahiran untuk:
a)Menentukan keperluan latihan yang akan diberi kepada peserta
b) Membangunkan Training Course Outline
c) Membangunkan Pelan Mengajar
d) Menyediakan Bahan Audio, Visual pengajaran
e) Memberi latihan pengajaran
f) Menyediakan soalan penilaian kepada peserta
g) Menyediakan maklumbalas peserta dan membuat analysis keberkesanan latihan.