- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
APX–MUB–460
Kursus Diploma dalam Solekan dan Kecantikan direka khusus untuk melahirkan profesional yang mahir dan kreatif dalam industri kecantikan yang berkembang pesat. Program ini merangkumi pelbagai aspek penting dalam dunia solekan dan penjagaan kecantikan, bermula dari asas teori hingga aplikasi praktikal.
Pelaksanaan kursus adalah secara sepenuh masa (full-time) dan mengikut struktur Pelaksanaan ST – Gabungan Beberapa Tahap, di mana pelajar akan mengikuti laluan lengkap dari asas hingga ke tahap profesional dalam bidang Kesenian Solekan Karakter Diploma (S960-006-4:2021)
Kandungan pembelajaran merangkumi:
i. Asas penjagaan wajah dan solekan harian
ii. Solekan majlis, perkahwinan dan editorial
iii. Solekan karakter dan kesan khas (SFX)
iv. Pengurusan pelanggan dan etika kerja
v. Pembangunan portfolio dan latihan industri
Program ini merupakan kursus penuh (Sijil Penuh) yang dilaksanakan secara ST – Gabungan Beberapa Tahap, merangkumi laluan lengkap dari asas hingga ke tahap profesional dalam bidang Kesenian Solekan Karakter.
Kandungan kursus ini turut mengintegrasikan modul AC-061-3:2013 (Seni Solekan Filem & TV Antarabangsa) yang diiktiraf oleh JPK, membolehkan pelajar memperoleh dua sijil pengiktirafan JPK selepas tamat pengajian:
1. DKM Tahap 4 Diploma: S960-006-4:2021 - Kesenian Solekan Karakter
2. Sijil Tambahan: AC-061-3:2013 – Seni Solekan Filem & TV Antarabangsa
Nota: Yuran kursus yang dipaparkan adalah untuk keseluruhan program , termasuk semua modul wajib dan latihan praktikal. Pelajar akan menerima sijil penuh yang diiktiraf oleh JPK selepas tamat pengajian.
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 55
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis