I561-005-2:2022;Sijil Kulinari
Kursus Penyediaan dan Penghasilan Makanan Tahap 2 merupakan program latihan dalam bidang seni kulinari dan hospitaliti. Kursus ini memberi tumpuan kepada pelbagai aktiviti operasi dapur yang melengkapkan pelatih dengan pengetahuan, kemahiran teknikal, dan sikap profesionalisme yang diperlukan dalam industri makanan dan minuman.
Pelatih akan didedahkan kepada pelbagai kaedah masakan tempatan dan barat, merangkumi operasi dapur panas dan sejuk, bermula daripada penyediaan appetizer sehinggalah dessert. Antara kemahiran yang ditekankan termasuk penyediaan sup, stock, sos, hidangan sayuran, salad, appetizer, sandwic, menu sarapan pagi serta coupe desserts.
Sepanjang pembelajaran, penekanan turut diberikan kepada pematuhan aspek keselamatan dan kebersihan bengkel, penyediaan menu hidangan, serta standard kualiti makanan pada tahap tertinggi.
Selain itu, kursus ini juga menekankan pembangunan kemahiran keusahawanan melalui aktiviti pengurusan kafe secara praktikal, yang dapat membimbing pelatih ke arah kerjaya kendiri. Pelatih turut dibekalkan dengan pengetahuan pengurusan kos, kemahiran ICT, komunikasi dalam Bahasa Inggeris, serta pengalaman latihan industri (on-the-job training) di hotel bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka.
Kesimpulannya, tempoh pembelajaran selama 10 bulan di Tahap 2 ini memberikan asas kukuh dalam bidang penyediaan dan penghasilan makanan, serta membentuk graduan yang kompeten, berdaya saing, dan bersedia untuk menempuh kerjaya dalam industri kulinari dan hospitaliti.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 14
Umur Maksimum : 23
Syarat Umum:
1. PERSETUJUAN IBUBAPA ATAU PENJAGA WAJIB