Kursus TVET
Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri

MC-091-3:2016

Pengenalan Kursus

Program ini direka untuk melahirkan tenaga mahir dalam bidang pemasangan, penyelenggaraan dan servis sistem automasi industri. Pelatih akan didedahkan kepada komponen utama sistem automasi seperti PLC, sensor, aktuator, panel kawalan, sistem pneumatik & hidraulik, serta penggunaan peralatan dan teknologi moden yang selari dengan keperluan industri 4.0.

Latihan berasaskan amali (hands-on) memberi fokus kepada kemahiran teknikal, penyelesaian masalah, keselamatan industri dan pemahaman lukisan teknikal, bagi membolehkan pelatih menjalankan kerja pemasangan dan penyelenggaraan sistem automasi secara cekap dan profesional.

Program ini memenuhi permintaan tenaga kerja mahir dalam sektor pembuatan, loji proses, logistik dan industri pintar yang semakin berkembang.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 15 tahun pada tarikh pendaftaran, mempunyai asas membaca, menulis dan mengira (3M), Serta minat dalam bidang kejuruteraan automasi industri.
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Atau

1.2
Warganegara Malaysia Sahaja

Tempoh Pengajian
18 Bulan

Prospek Kerjaya
1. Juruteknik Automasi Industri 2. Juruteknik Kawalan (Control Technician) 3. Jurutera Sokongan Teknikal (Automation Support) 4. Juruteknik Penyelenggaraan (Maintenance Technician) 5. Pemasang Sistem Automasi 6. Penolong Jurutera 7. Pengendali Mesin Automatik (Automated Machine Operator) 8. Usahawan Teknologi 9. Jurulatih TVET / Tenaga Pengajar

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
BORNEO TECHNICAL SKILLS (BTS) COLLEGE
Alamat
LOT 66-G, 66-1, 67-1, 68-1, PARKLANE CITY BENONI (BANDAR SAUJANA BENONI, Jalan Papar - Beaufort, BARU, 89600 Papar, Sabah
Negeri
SABAH
Penyelaras
NURAISYAH HUMAIRA LEE ABDULLAH
Telefon
088904833
Emel
borneotechskills.edu@gmail.com
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pelajar layak menerima pembiayaan penuh daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

Elaun sara diri diberi sebanyak Rm100-800 / bulan