Kursus TVET
SERVIS DIAGNOSTIK – KENDERAAN RINGAN

TAF0201

Pengenalan Kursus

Kursus Teknologi Automotif Tahap 3 adalah peringkat lanjutan yang menekankan kecekapan tinggi dalam penyelenggaraan kenderaan moden. Pelatih akan diperdalamkan dalam pengetahuan teori dan kemahiran praktikal, termasuk sistem elektronik dan teknologi canggih. Kursus ini dirancang untuk melatih pelatih automotif yang berkemahiran tinggi dan dapat menangani cabaran kompleks dalam industri automotif.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. KRITERIA ASAS
1.1 Syarat-syarat AM
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Dan

2. UMUR
2.1 Umur Calon

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 70


Dan

3. PENDIDIKAN
3.1 Syarat minima

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Atau

3.2 Memiliki sijil kemahiran (SKM Tahap 2) dalam bidang berkaitan.

PERKHIDMATAN PEMBAIKAN – KENDERAAN RINGAN [G452-002-2:2018] Atau

Servis Pembaikan - Kenderaan Ringan [TP-300-2:2016] Atau

Automotif-Servis Selepas Jualan [TP-300-2:2013] Atau

Juruteknik Kenderaan Motor [TP-300-2] Atau

Mekanik Kenderaan Motor [P-115-2] Atau

Mekanik Kenderaan Motor [P-010-2]


Dan

4. WARGANEGARA
4.1 Warganegara Malaysia
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

5. BUMIPUTERA
5.1 Calon Bumiputera
Calon Bumiputera Sahaja

Tempoh Pengajian
6 Bulan

Prospek Kerjaya
"Pelatih yang menamatkan kursus Teknologi Automotif Tahap 3 mempunyai peluang untuk menjadi pakar penyelenggaraan kenderaan moden, pakar teknologi automotif terkini, penyelia bengkel, pengurus servis automotif,
atau penyelidik dan pembangun dalam industri automotif. Kebolehan mereka dalam sistem elektronik dan teknologi canggih memberikan peluang untuk kerjaya yang berkualiti tinggi dan mencabar dalam sektor automotif yang berkembang pesat."

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
GIATMARA Jeli
Alamat
LOT 6099 KAMPUNG WAKAF ZING,
17700 AYER LANAS KELANTAN
Negeri
KELANTAN
Penyelaras
ABDUL HAFIS BIN MOHAMED
Telefon
09-9468553
Emel
gmjeli@giatmara.edu.my
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
PENSIJILAN
• Sijil Professional GIATMARA
• Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
TEMPOH LATIHAN
• 6 Bulan
PENGAMBILAN KEMASUKAN
• Dua (2) Sesi
- Januari
- Julai
ELAUN RM200 SEBULAN*
*Tertakluk pada syarat dan peruntukan