Kursus TVET
PELUKIS KANAN REKAAN DALAMAN

Pengenalan Kursus

Pelukis Kanan Rekaan Dalaman merupakan individu yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi dalam menghasilkan lukisan teknikal serta rekabentuk ruang dalaman bagi pelbagai jenis bangunan seperti kediaman, pejabat, premis perniagaan, dan ruang komersial. Mereka bertanggungjawab dalam menterjemah konsep rekaan kepada pelan visual yang lengkap dan bersesuaian dengan kehendak klien serta keperluan teknikal industri.
Sebagai pelukis kanan, mereka bukan sahaja mahir dalam penggunaan perisian komputer seperti AutoCAD, SketchUp, 3ds Max, dan Revit, malah turut berperanan membimbing pelukis pelan lain, menyelaras kerja antara pereka dan pelanggan, serta memastikan hasil rekaan menepati spesifikasi, bajet dan garis masa projek

Kepakaran mereka merangkumi:
Penyediaan lukisan kerja dan pelan perincian rekaan dalaman
Penyesuaian rekaan mengikut fungsi ruang dan ergonomik
Pemilihan bahan, warna, pencahayaan dan elemen estetik lain
Kerjasama dengan arkitek, kontraktor dan pembekal dalam pelaksanaan projek
Dengan pengalaman yang luas dalam industri, Pelukis Kanan Rekaan Dalaman memainkan peranan penting dalam memastikan kualiti, fungsi dan daya tarikan visual setiap ruang yang direka.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Tamat Tingkatan 3 atau setaraf , Boleh membaca, menulis dan mengira (3M), Minat dalam bidang reka bentuk dan kerja berasaskan komputer
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Atau

1.2
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Atau

1.3

Syarat Umum:
1. MEMILIKI SIJIL SKM TAHAP 2 DALAM BIDANG PELUKIS REKAAN DALAMAN


Atau

1.4

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 50


Atau

1.5
Warganegara Malaysia Sahaja

Atau

1.6

PELUKIS REKAAN DALAMAN [ID-040-2]


Tempoh Pengajian
12 Bulan

Prospek Kerjaya
1.Ketua Unit Rekaan Dalaman / Senior Designer, 2.Pereka Dalaman (Interior Designer) 3.Perunding Rekaan Dalaman (Interior Design Consultant) 4.Pekerjaan dalam Sektor Pembinaan & Pemajuan Hartanah 5.Tenaga Pengajar / Jurulatih Kemahiran 6.Usahawan Rekaan Dalaman 7.Pelukis Pelan Berdaftar (BIM Modeller / Draftsperson)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PUSAT LATIHAN INDUSTRI PERKAYUAN TERENGGANU
Alamat
LOT 3400, KAMPUS TTITC TERIS
21700 KUALA BERANG, TERENGGANU
Negeri
TERENGGANU
Penyelaras
FAIZ BIN OSMAN
Telefon
0184604799
Emel
enquiry@ttitc.edu.my
Laman Web
https://ttitc.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
PINJAMAN YAYASAN TERENGANU/ PEMBIAYAAN SENDIRI