Kursus TVET
LATIHAN TENAGA PENGAJAR

NCS-004:2017;-

SEA SKILLS EDUCATION ACADEMIC, KEDAH

Pengenalan Kursus

Kursus Latihan Tenaga Pengajar (NCS-004:2017) merupakan program berasaskan Standard Kompetensi Kebangsaan yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi melahirkan tenaga pengajar yang berkemahiran, profesional dan efektif dalam menyampaikan latihan kemahiran. Kursus ini merangkumi aspek utama seperti prinsip pembelajaran dewasa (andragogi), penyediaan rancangan pengajaran, teknik penyampaian latihan, penilaian pelatih serta etika dan profesionalisme. Ia sesuai untuk calon tenaga pengajar, jurulatih industri, pegawai latihan dan individu yang berminat dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Tahap Pengajian

Tiada Tahap

Syarat Kelayakan
Kriteria yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Akademik
Syarat Wajib

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
02
Kriteria Utama
Boleh Membaca, menulis dan dapat berkomunikasi dengan baik
Mempunyai minat dalam bidang pengajaran
Syarat Wajib

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 65

DAN
03
Kriteria Utama
Kesihatan
Sihat Tubuh Badan
Syarat Wajib
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Tempoh Pengajian
7 Hari

Prospek Kerjaya
Lepasan Kursus Latihan Tenaga Pengajar (NCS-004:2017) berpeluang membina kerjaya sebagai tenaga pengajar di pusat latihan kemahiran, jurulatih industri, penyedia latihan atau konsultan, serta pegawai penilai JPK. Mereka juga boleh menyambung kerjaya sebagai pensyarah TVET di institusi pengajian tinggi selepas melanjutkan pelajaran, selain berpeluang bekerja di luar negara. Secara keseluruhan, kursus ini membuka laluan kerjaya dalam bidang pengajaran, latihan kemahiran, dan pembangunan modal insan negara.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
SEA SKILLS EDUCATION ACADEMIC
Alamat
NO.G-550 ,TINGKAT ATAS , JALAN LOBAK, TAMAN LOBAK,09600 LUNAS KEDAH.
Negeri
KEDAH
Penyelaras
SANGER A/L GANASERAN
Telefon
0164873703
Emel
seaskillseducationacademic@gmail.com
Laman Web
https://www.facebook.com/seaskillseducationacademic6543

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
SENARAI KOMPETENSI TERAS (MODUL)
- Menentukan Keperluan Latihan
- Mereka Bentuk Kursus Latihan
- Melaksanakan Latihan
- Melaksanakan Penilaian Latihan