SMPU03
Program Sijil Teknologi Perindustrian (Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara) ditawarkan untuk mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan dalam bidang teknologi penyejukbekuan dan penyamanan udara. Pelajar-pelajar akan dilatih untuk menguasai pengetahuan dan mahir dalam kerja pemasangan, penyelenggaraan dan baik pulih sistem penyejukbekuan dan penyamanan udara, sama ada sistem untuk domestik atau komersil berdasarkan standard yang telah ditetapkan. Selain dari itu, pelajar juga berpeluang untuk mempelajari sistem penyamanan udara jenis pisah dan berpusat yang menggunakan sama ada sistem penyejuk udara atau sistem penyejuk air. Di samping itu, pelajar juga akan mempelajari sistem penyamanan udara kenderaan, membuat penyambungan sistem paip penyejukan, penyelenggaraan peti sejuk, penyelenggaraan komponen elektrik dan elektronik serta mekanikal untuk sistem penyaman udara. Program ini mematuhi standard Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Jabatan Alam Sekitar, Malaysia.
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
1. Tamat Tingkatan 5
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis