Kursus TVET
Sijil Teknologi Komputer Rangkaian

SIKR03

Pengenalan Kursus

Kursus ini memberi penumpuan mengenai Teknologi Komputer Rangkaian pada masa kini bagi memenuhi keperluan pekerjaan sektor industri yang mempunyai daya saing yang tinggi dipasaran pekerjaan. Program ini diwujudkan untuk memperkenalkan pelajar kepada teori dan amali mengenai konsep rangkaian, rekabentuk, implementasi dan penyelenggaraan rangkaian komputer.

Para pelajar juga akan mempelajari mengenai pengetahuan kemahiran di dalam Perkakasan Komputer, Organisasi Komputer, Asas Rangkaian, Perkhidmatan Internet, Switching dan Routing, Rekabentuk Rangkaian, Pengurusan Pelayan dan Keselamatan Rangkaian

Para pelajar juga akan didedahkan dengan penggunaan perisian sumber terbuka dalam Sistem Pengoperasian Sumber Terbuka dan Sistem Pangkalan Data. Program ini juga akan mendedahkan pelajar mengenai Keperluan Pengkomputeran, Prinsip Pengaturcaraan, Asas Pengaturcaraan dan Pengaturcaraan Rangkaian, Keusahawanan serta Rekabentuk dan Analisa Projek.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Umur
1.1 Berumur 17 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35


Dan

2. Warganegara
2.1 Pemohon adalah
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

3. Syarat Persekolahan
3.1 Calon mestilah

1. Tamat Tingkatan 5

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1249 SEJARAH

Atau

3.2 Calon mestilah

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

4. Syarat Am Kemasukan
4.1 Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, mental, pembelajaran atau fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali.
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Tempoh Pengajian
27 Bulan

Prospek Kerjaya
Peluang pekerjaan kebanyakannya terdapat dalam industri teknologi komputer rangkaian, pengurusan rangkaian, keselamatan maklumat, sokongan pelayan dan multimedia interaktif yang boleh diaplikasikan kepada bidang kerjaya yang luas dalam perniagaan dan dunia industri ICT. Para lepasan kursus ini boleh mendapat pekerjaan sebagai Personel Penyelenggaraan, Personel Sokongan Rangkaian, Pentadbir Rangkaian, Eksekutif Sokongan Maklumat / IT, Penolong Teknikal Komputer, Jurutera Sokongan IT, Pembantu Jurutera Rangkaian, Pembangun IT dan Help desk. Mereka juga berpeluang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ke Tahap 4 (setaraf Diploma) dan Tahap 5 (setaraf Ijazah) di institut-institut kemahiran lanjutan seperti ADTEC, JMTI dan lain-lain.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS TANGKAK (ILP TANGKAK)
Alamat
Institut Latihan Perindustrian Tangkak
Negeri
JOHOR
Penyelaras
AZARUDIN BIN ASRAP
Telefon
069773800
Emel
p.ilptangkak@jtm.gov.my
Laman Web
www.ilptangkak.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
🎉 PERCUMA Yuran Pengajian
🎉 PERCUMA Penginapan
🎉 PERCUMA Makan & Minum
🎉 Wang Saku RM100/bulan
🎉 Elaun Praktikal RM300/bulan
🎉 Elaun OKU RM300/bulan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan
🎉 Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)