Kursus TVET
Sijil Teknologi Komputer Rangkaian

SIKR03

Pengenalan Kursus

Kursus ini memberi penumpuan mengenai Teknologi Komputer Rangkaian pada masa kini bagi memenuhi keperluan pekerjaan sektor industri yang mempunyai daya saing yang tinggi dipasaran pekerjaan. Program ini diwujudkan untuk memperkenalkan pelajar kepada teori dan amali mengenai konsep rangkaian, rekabentuk, implementasi dan penyelenggaraan rangkaian komputer.

Para pelajar juga akan mempelajari mengenai pengetahuan kemahiran di dalam Konfigurasi dan Penyelenggaraan Server, Konfigurasi Router, Pengurusan Rangkaian, Pengurusan Penyelenggaraan Rangkaian dan Penggunaan Teknologi LAN dan WAN dalam rangkaian.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Umur
1.1 Berumur 17 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35


Dan

2. Warganegara
2.1 Pemohon adalah
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

3. Syarat Persekolahan
3.1 Calon mestilah

1. Tamat Tingkatan 5

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1249 SEJARAH

Atau

3.2 Calon mestilah

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

4. Syarat Am Kemasukan
4.1 Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, mental, pembelajaran atau fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali.
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Tempoh Pengajian
27 Bulan

Prospek Kerjaya
Peluang pekerjaan kebanyakannya terdapat dalam industri teknologi komputer rangkaian, pengurusan rangkaian, keselamatan maklumat, sokongan pelayan dan multimedia interaktif yang boleh diaplikasikan kepada bidang kerjaya yang luas dalam perniagaan dan dunia industri ICT.

Para lepasan kursus ini boleh mendapat pekerjaan sebagai Personel Penyelenggaraan, Personel Sokongan Rangkaian, Pentadbir Rangkaian, Eksekutif Sokongan Maklumat / IT, Penolong Teknikal Komputer, Jurutera Sokongan IT, Pembantu Jurutera Rangkaian, Pembangun IT dan Help desk.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS KUALA LANGAT (ILP KUALA LANGAT)
Alamat
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) KUALA LANGAT
JALAN SULTAN ABDUL SAMAD
42700 BANTING, SELANGOR
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
Emilia Binti Omar
Telefon
03-31204600/ 4583
Emel
bpplilpklsgroup@jtm.gov.my
Laman Web
www.ilpkls.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
🎉 PERCUMA Yuran Pengajian
🎉 PERCUMA Penginapan
🎉 PERCUMA Makan & Minum
🎉 Wang Saku RM100/bulan
🎉 Elaun Praktikal RM300/bulan
🎉 Elaun OKU RM300/bulan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan
🎉 Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)